SHAH ALAM 7 Dis. – Anak syarikat Kumpulan Jakel, Jakel Properties Sdn. Bhd. melancarkan projek pembinaan bangunan baharu Ibu Pejabat Bank Simpanan Nasional (BSN) Selangor di Seksyen 14 di sini, hari ini.SHAH ALAM 7 Dis. – Anak syarikat Kumpulan Jakel, Jakel Properties Sdn. Bhd. melancarkan projek pembinaan bangunan baharu Ibu Pejabat Bank Simpanan Nasional (BSN) Selangor di Seksyen 14 di sini, hari ini.
Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel berkata, projek bernilai RM144 juta itu melibatkan pembinaan bangunan pejabat setinggi 20 tingkat dan dijangka menjadi mercu tanda baharu di bandar raya ini.
Menurutnya, projek tersebut yang dijadualkan siap pada Ogos 2018 merupakan projek ketiga dibangunkan oleh Kumpulan Jakel selepas Jakel Square dan pangsapuri J. Dupion di ibu negara.Menurutnya, projek tersebut yang dijadualkan siap pada Ogos 2018 merupakan projek ketiga dibangunkan oleh Kumpulan Jakel selepas Jakel Square dan pangsapuri J. Dupion di ibu negara.
http://www.utusan.com.my/berita/terkini/jakel-properties-bina-bangunan-ibu-pejabat-bsn-selangor-1.417337